Sistem Pemfailan

          Sistem pemfailan sangat dalam setiap organisasi. Segala dokumen dan maklumat penting syarikat perlu disimpan dengan betul supaya mudah dicari dan dapat mengelakkan dokumen-dokumen atau maklumat syarikat daripada tercicir atau hilang. Sistem pemfailan yang berkesan terhasil daripada perancangan dan pengurusan yang teliti dan sistematik ke atas fail-fail yang membawa kepentingan kepada firma. Memandangkan dokumen-dokumen tersebut adalah penting, maka tanggungjawab setiap staf di JNQ GROUP Sdn Bhd akan mengendalikan dokumen tersebut ke dalam fail.

Fail mempunyai kepentingan yang penting iaitu :-
  1. Menyediakan maklumat kepada pengguna pada masa dan bentuk yang diperlukan.
  2. Pengguna dapat menggunak segala maklumat yang telah direkodkan dalam tempoh masa yang panjang.
  3. Sebagai bahan rujukan.
  4. Menyimpan maklumat dan dokumen perniagaan.
  5. Membantu membuat keputusan dan perjalanan syarikat. Sistem fail dibuat bertujuan untuk memudahkan pencarian maklumat di dalam keadaan yang pantas, mudah, dan selamat.

Faktor-faktor pengkelasan yang terbaik perlu diambil kira seperti :-

a.    Boleh diubah suai
b.    Boleh dikemaskini
c.    Kesamaan
d.    Penjimatan Kos
e.    Penyelarasan dan kawalan
f.     Mudah dikesan atau dicari




Kelebihan Sistem Pemfailan

     Kerja pemfailan mempunyai banyak kelebihan dan tujuannya. Antara kelebihan tersebut adalah :-
  • Mempertingkatkan kualiti pentadbiran jabatan dengan memberikan semua tumpuan terhadap semua proses pendokumentasian pengurusan maklumat, sistem fail dan penyimpanan rekod.
  • Mendapatkan pengetahuan yang bagi menyediakan sebuah buku panduan / atau manual pengurusan fail dan rekod.
  • Dapat menguruskan pelaksanaan sistem fail secara sistem sistematik dan konsisten tanpa menimbulkan kekeliruan.
  • Dapat melicinkan operasi sesebuah syarikat.




Peralatan / Dokumen Yang Diguna Pakai

Rak Fail
  • Rak fail digunakan untuk menyimpan segala dokemen sama ada yang firma ataupun yang pelanggan. Pada rak fail, dilekatkan label mengikut abjad dan membuat pembahagian antara ruang untuk jenis fail seperti ruang untuk fail akaun, fail cukai, fail bajet dan sebagainya.

Alat Penebuk Lubang
  • Alat penebuk lubang digunakan untuk menebuk kertas semasa membuat proses pemfailan.



Paper Fastener’
  • Digunakan untuk mengikat surat supaya tidak berselerak dan mudah memperkemaskan dokumen dan surat.

Klip
  • Alatan kecil yang sangat diperlukan untuk mengepilkan dokumen – dokumen.

‘Stapler’
  • Terdapat dua jenis ‘stapler’ yang diguna pakai iaitu stapler besar dan stapler kecil.



Aplikasi WhatsApp
  • WhatsApp Messenger merupakan aplikasi pesan lintas platform yang memungkinkan kita bertukar pesan tanpa biaya SMS, karena WhatsApp Messenger menggunakan paket data internet yang sama untuk email, browsing web, dan lain-lain. Dengan menggunakan WhatsApp, kita dapat melakukan obrolan online, berbagi file, bertukar foto dan lain-lain.

Microsoft Word
Microsoft Word adalah sebagai pengolah kata sehingga semua pekerjaan yang berhubungan dengan pengolahan kata dapat dilakukan dengan aplikasi ini seperti=
  • membuat surat
  • membuat tabel
  • membuat tulisan dengan berbagai variasi (word Art)
  • memasukan gambar
  • membuat dokumen


Pemfailan Mengikut Tajuk / Perkara

          Surat-surat dan dokumen boleh disusun mengikut tajuk atau perkara dan kemudian disusun mengikut turutan abjad. Panduan utama kepada perkara perkara yang berkaitan dengan urusan yang berkaitan dengan projek-projek yang telah dijalankan oleh firma / syarikat, slip gaji pekerja, pinjaman dan lain-lain lagi. Kebaikan pemfailan jenis ini adalah dapat mengumpulkan segala dokumen dan data yang berkaitan dengan surat menyurat dapat dikumpulkan bersama bagi mendapatkan rujukan yang cepat dan mudah.

Pemfailan Mengikut Jenis Dokumen Perniagaan

          Setiap dokumen yang diterima daripada pelanggan akan disertakan dengan dokumen data perniagaan yang telah dijalankan. Ini memudahkan kerja merekod dalam proses perakaunan. Antara data dan dokumen perniagaan adalah :-
  • Baucar pembayar
  • Jurnal baucar
  • Baucar tunai
  • Invois
  • Lain-lain yang berkaitan dengan perakaunan dan pengurusan


Proses Pemfailan
Menyusun Salinan Resit Pembayaran

     Setiap dokumen seperti resit pembayaran iaitu resit kompaun, resit perlesenan dan resit cukai taksiran yang dibayar di kaunter bayaran akan diambil dan disemak sebelum dijilid mengikut tarikh dan nombor resit tersebut sebelum dimasukkan ke dalam fail. Proses kerja adalah membuat penyemakan dan penyusunan mengikut tarikh salinan resit.

     Sistem penyimpanan resit yang tidak sistematik akan menyukarkan kerja pencarian data atau maklumat perniagaan. Oleh itu, segala salinan resit atau dokumen perniagaan pelanggan perlu disimpan dengan teratur.

Memasukkan Segala Dokumen Ke Dalam Fail Yang Bersesuaian Dan Tempat Fail Disimpan.

    Setelah selesai menyusun segala dokumen yang ingin disimpan, proses menebuk lubang dan memasukkan ke dalam fail merupakan proses yang terakhir dalam sistem pemfailan ini serta menyimpan ke semua fail tersebut di dalam rak simpanan fail.