Pengenalan Firma
Ditubuhkan pada 10hb Jun 2011, JNQ GROUP
(M) SDN. BHD. adalah syarikat milikan penuh 100% bumiputera. Syarikat ini
ditubuhkan atas dasar ingin menceburi serta mendalami di dalam sektor pembinaan
khususnya Kejuruteraan Awam dan Mekanikal.
Objektif penubuhan syarikat adalah
menyahut cabaran kerajaan yang mahukan penglibatan usahawan bumiputera di dalam
bidang perniagaan. Di dalam masa yang sama, syarikat cuba berdaya saing untuk
mencari peluang-peluang yang melibatkan bidang pembekalan serta perkhidmatan.
Pihak syarikat juga telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB) di dalam Gred G2 dan juga Bahagian Pembangunan
Kontraktor dan Usahawan (BPKU) – dahulu dikenali sebagai Pusat Khidmat
Kontraktor (PKK) serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KMM).
Visi dan Misi
VISI
Menjadikan sebuah syarikat yang dikenali
di Malaysia di dalam bidang Kejuruteraan Awan Dan Mekanikal.
MISI
Komited melaksanakan aktiviti pembinaan yang berkualiti dan berinovasi.
Menepati kepuasan pelanggan melalui budaya kerja yang profesional, berdedikasi
serta berintegriti. Ingin berdaya saing dengan syarikat-syarikat pembinaan
sedia ada.