Pendahuluan
Latihan
industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar semester 6 kursus Diploma
Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) sebagai syarat penganugerahan sijil
diploma. Latihan ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman
kepada pelajar tentang keadaan sebenar pekerjaan dalam bidang Teknologi Maklumat
(Pengaturcaraan) diluar sebagai satu langkah persediaan awal bagi pelajar
sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Bagi sesi 2018, latihan ini berjalan
selama 20 minggu iaitu bermula 2 July 2018 sehingga 16 November 2018.
Saya telah memohon dan telah
mendapat tempat untuk menjalani latihan industri di JNQ Group (M) SDN BHD.
Sepanjang latihan ini, saya telah diberi peluang untuk mengikuti pembelajaran
yang terlibat dalam menguruskan hal-hal dan masalah-masalah. Ilmu yang saya
perolehi adalah sangat membantu saya
memahami sesuatu keperluan kerja dan meningkatkan pemahaman akademik dan
praktikal dalam bidang ini.
Objektif Latihan Industri
Para pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus dimana-mana Politeknik perlulah menjalani latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan iaitu selama 6 bulan. Latihan industri ini juga merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum di anugerahkan sijil atau diploma daripada Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Setiap pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan menjalani latihan industri di firma-firma kerajaan atau swasta selama tempoh satu semester bagi melayakkan pelajar memperolehi sijil atau diploma yang telah diambil oleh pelajar tersebut di Politeknik berkenaan. Di antara objektif utama latihan industri ini wujud adalah :
Para pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus dimana-mana Politeknik perlulah menjalani latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan iaitu selama 6 bulan. Latihan industri ini juga merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum di anugerahkan sijil atau diploma daripada Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Setiap pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan menjalani latihan industri di firma-firma kerajaan atau swasta selama tempoh satu semester bagi melayakkan pelajar memperolehi sijil atau diploma yang telah diambil oleh pelajar tersebut di Politeknik berkenaan. Di antara objektif utama latihan industri ini wujud adalah :
i. Mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.
ii. Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di
politeknik dengan aspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya.
iii. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja
di firma tersebut.
iv. Dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab, dan berkeyakinan
tinggi semasa latihan industri dijalankan dan di masa akan datang.
v. .Untuk mengamalkan peraturan-peraturan di sektor industri selepas
tamat pengajian di Politeknik Balik Pulau kelak.
vi. Supaya dapat
menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan oleh politeknik
seperti menyediakan buku laporan industri.
Objektif Laporan
Apabila tamat latihan industri yang dijalankan di sebuah firma tersebut itu, maka setiap pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh tersebut. Laporan ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting dimana untuk dijadikan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia juga sebagai garis panduan dan rujukan ketika temuduga kelak.
Laporan yang telah lengkap akan
diserahkan dan disemak oleh pensyarah-pensyarah yang berkenaan apabila pelajar
kembali semula untuk melaporkan diri. Suatu kerja yang dilakukan secara baik
tidak memberi makna jika ia tidak dicatat atau dimuatkan dalam bentuk buku
laporan untuk dijadikan bahan rujukan kelak.
Oleh itu, penulisan laporan
memerlukan kepada pemerhatian khusus dari pelajar. Piawaian ini juga melatih
pelajar supaya mematuhi kepada arahan-arahan dan segala peraturan yang
ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah difahami oleh pensyarah yang
memeriksa dan juga firma serta pihak-pihak lain untuk penilaian serta rujukan
terhadap laporan tersebut. Saya berharap buku laporan ini dapat memberi manfaat
kepada semua pihak secara langsung atau tidak langsung.
Kepentingan Latihan Industri kepada
pelajar
Kepada Pelajar Latihan Industri
merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi peluang kepada seseorang pelajar
untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang dilalui semasa sesi di
dalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif, contohnya secara
tidak langsung ia dapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat
di dalam diri seseorang pelajar itu sendiri di samping mendapat kemahiran dan
pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja yang dilalui. Pengalaman dan
pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan seseorang pelajar itu yang
terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.
Selain itu, latihan industri ini juga
mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal apabila pelajar mengharungi alam
pekerjaan sebenar yang bakal merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika
belajar. Segala penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan
industri akan dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara
tidak lansung ia dapat memberi kesan kepada pelajar bahawa situasi di dalam
alam pekerjaan sebenarnya adalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk
teori dan amali ketika dalam sesi pembelajaran.
Dari sudut lain
pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar untuk memohon
jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak dinafikan kerana
secara umum sesebuah firma amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu
pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman bekerja yang ada.
Walau bagaimanapun, input yang
diperolehi daripada latihan ini adalah sangat besar. Pelajar dapat menggunakan
pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa tempoh latihan sebagai panduan
dan bekalan untuk dimasa akan datang. Selain daripada itu, segala susah payah
yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan
pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang tinggi serta
menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan
cemerlang kelak.
x