Selama satu semester menjalani Latihan Industri, banyak
pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala
pendedahan yang diperolehi telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan
keyakinan diri bagi menghadapi kehidupan yang kian mencabar sekarang.
Praktikal adalah pelengkap kepada ilmu atau teori yang dipelajari. Ini
jelas dengan konsep ilmu dan amal, di mana ilmu yang dipelajari tanpa
mengamalkannya akan hilang dan tidak akan memberi apa-apa kesan.
Begitulah jika kita beramal tanpa ilmu sudah tentu akan wujud masalah dari segi
pegangan dan pendirian yang sentiasa berubah - ubah.
Sepanjang saya menjalani latihan industri,
terdapat banyak perubahan daripada sudut pembelajaran, persekitaran dan pergaulan
sesama rakan sekerja. Ia secara langsung dapat meningkatkan dedikasi dan
bersikap rasional terhadap diri saya sendiri.
Walaubagaimanapun masih wujud beberapa
kelemahan yang dapat diperbaiki pada masa hadapan. Oleh itu dapat saya
simpulkan bahawa program latihan industri banyak memberi manfaat kepada para
pelajar walaupun terdapat kelemahan kecil yang sedikit sebanyak mencacatkan
keadaan, supaya kelemahan ini dapat diperbaiki pada masa hadapan.
Kesimpulan yang saya dapat melalui latihan
industri ini ialah saya menerima banyak pendedahan dalam dunia perkomputeran
ini. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada juga pihak Politeknik
Balik Pulau yang memberi peluang kepada pelajar - pelajarnya mencari pengalaman
sendiri dengan mengadakan Latihan Industri.