MINGGU KEEMPAT BELAS

            Pada minggu keempat belas, saya diberikan tugasan untuk menyusun gambar kerja-kerja di Kampung Bharat, Sungai Badak, Taman Taqwa, Kinta Sakura, Masjid Taman Cicely, dan kerja-kerja breakdown. Saya menerima atau memperolehi gambar kerja-kerja tersebut melalui aplikasi WhatsApp. Saya memuat turun gambar tersebut dan simpan di dalam fail yang tersedia. Saya susun gambar tersebut mengikut jalan kerja yang telah dibuat dengan menggunakan Microsoft Word. Kerja-kerja yang dijalankan di Kampung Bharat ialah kerja mengubah atau menukar RMU dan kerja membuka dan memasang semula kabel pada RMU. Kerja-kerja yang dijalankan di Sungai Badak ialah kerja mengalihkan pokok yang menimpa kabel elektrik dan kerja membaiki kabel elektrik. Kerja-kerja yang dijalankan di Taman Taqwa ialah kerja menukar compek sub dan kerja memasang semula kabel. Kerja-kerja yang dijalankan di Kinta Sakura ialah kerja breakdown kerana earting kena curi. Kerja-kerja yang dijalankan di Masjid Taman Cicely ialah kerja membuat peparit untuk kabel bawah tanah dengan menggunakan backhoe, kerja meletakkan gegelung warna merah, kerja merentang kabel bawah tanah, kerja meletakkan sedikit pasir sungai dan meletakkan slab pvc, dan kerja meratakan dan menimbus semula peparit. Kerja-kerja breakdown yang dijalankan adalah kerja membaiki kabel 95 yang jatuh dengan menggunakan skylift, kerja membaiki wayar 3x185 yang terbakar dengan menggunakan skylift, dan kerja mengalihkan pokok yang menimpa wayar 3x16 dan membaiki wayar tersebut dengan menggunakan skylift.