Pada minggu ketiga belas,
saya diberikan tugasan untuk menyusun gambar kerja-kerja di Bandar Baru, Sungai
Suli, Nyok Lan, Kampung Gajah, PE Wamata Food, Kampung Bandar Lama, Taman
Cahaya, Jalan Temenggung, dan FELCRA Changkat Lada. Saya menerima atau
memperolehi gambar kerja-kerja tersebut melalui aplikasi WhatsApp. Saya memuat
turun gambar tersebut dan simpan di dalam fail yang tersedia. Saya susun gambar
tersebut mengikut jalan kerja yang telah dibuat dengan menggunakan Microsoft
Word. Kerja-kerja yang dijalankan di Bandar Baru ialah kerja memacak tiang
elektrik, kerja membuat lubang bagi meletakkan tiang elektrik, dan kerja
memasang kabel. Kerja-kerja yang dijalankan di Sungai Suli ialah kerja
mengalihkan pokok sawit menimpa kabel elektrik dan kerja membetulkan kabel
elektrik. Kerja-kerja yang dijalankan di Nyok Lan ialah kerja membaiki kabel
elektrik dengan menggunakan skylift. Kerja-kerja yang dijalankan di Kampung
Gajah ialah kerja menggantikan tiang elektrik yang patah dengan tiang yang baru
dan kerja memasang semula kabel pada tiang yang baru. Kerja-kerja yang
dijalankan di PE Wamata Food ialah kerja memasang atau meletakkan tenaga
elektrik dan kerja memasang kabel semula. Kerja-kerja yang dijalankan di
Kampung Bandar Lama ialah kerja membaiki wayar servis dan kerja membaiki lampu
jalan. Kerja-kerja yang dijalankan di Taman Cahaya ialah kerja membaiki talian
TNB yang terbakar. Kerja-kerja yang dijalankan di Jalan Temenggung ialah kerja
mengalihkan pokok yang menimpa wayar elektrik dan kerja menegangkan semula
wayar elektrik. Kerja-kerja yang dijalankan di FELCRA Changkat Lada ialah kerja
mengalihkan atau membersihkan pokok yang menimpa talian elektrik dengan
menggunakan skylift. Selain itu, saya ditugaskan untuk mengemaskini data dengan
menyenaraikan data-data kerja.