MINGGU KESEMBILAN

          Pada minggu kesembilan, saya diberikan tugasan untuk menyusun gambar kerja-kerja di Taman Raz Intan, Taman Perkasa 2, tukar suis gear, Kampung Bahagia, Kampung Chui Chak, dan Taman Intan Jaya 3. Saya memperoleh gambar tersebut melalui aplikasi WhatsApp. Saya memuat turun gambar tersebut dan simpan di dalam fail yang tersedia. Saya mengenalpasti dahulu susunan gambar tersebut sebelum saya susun dengan menggunakan Microsoft Word. Gambar kerja-kerja di Taman Raz Intan adalah kerja menurap semula jalan yang telah dikorek dan diratakan. Selain itu, kerja-kerja menukar suis gear iaitu kerja menukar dan memasang kabel. Seterusnya, kerja-kerja yang dijalankan di Taman Intan Jaya 3 iaitu kerja membuka semula kabel, kerja menebuk atau menghancurkan lantai dengan alat yang sesuai, kerja membaiki kabel, dan kerja menimbus semula di tempat yang dikorek atau ditebuk. Kerja-kerja yang dijalankan di Kampung Chui Chak iaitu kerja mengalihkan suis gear yang lama, kerja meletakkan atau menggantikan suis gear yang baru, kerja membuat peparit dengan mengorek tanah, kerja meletakkan gegelung merah, kerja merentang kabel, kerja memasang kabel pada suis gear yang baru, dan kerja memasang kabel di tiang elektrik.