Pada minggu keenam belas,
saya diberikan tugasan untuk menyusun gambar kerja-kerja di Masjid Cicely,
Semesti, Taman Koperasi Jaya, PE Masijd Cercily, Taman Simpang 3, Masjid
Cecily, dan TX site. Selain itu, saya juga melakukan tugasan mengemaskini
maklumat syarikat, susun surat tempahan belian / Purchase Order (PO), dan
kemaskini data. Saya menerima atau memperolehi gambar kerja-kerja tersebut
melalui aplikasi WhatsApp. Saya memuat turun gambar tersebut dan simpan di
dalam fail yang tersedia. Saya susun gambar tersebut mengikut jalan kerja yang
telah dibuat dengan menggunakan Microsoft Word. Kerja-kerja yang dijalankan di
Masjid Cicely ialah kerja sambungan membuat peparit untuk kabel bawah tanah,
kerja meletakkan gegelung merah, dan kerja menimbus semula peparit yang
dikorek. Kerja-kerja yang dijalankan di Semesti ialah kerja membersihkan tempat
kerja dengan kemas. Kerja-kerja yang dijalankan di Taman Koperasi Jaya ialah
kerja membuat peparit untuk kabel bawah tanah, kerja memasang kabel pada
pencawang, kerja menimbus semula dan meratakan tanah. Kerja-kerja yang
dijalankan di PE Masjid Cercily ialah kerja memasang kabel pada TX dan kerja
membersihkan tempat di TX. Kerja-kerja yang dijalankan di Taman Simpang 3 ialah
kerja menebuk dinding untuk merentang kabel dan kerja memasang kabel rumah dan
meter rumah. Kerja-kerja yang dijalankan di Masjid Cicely ialah kerja merentang
kabel elektrik, memasang kabel elektrik pada tiang elektrik, dan membetulkan
kedudukan tiang elektrik. Kerja-kerja yang dijalankan di TX site ialah kerja
mengangkat TX dengan menggunakan kren daripada lori. Seterusnya, saya mengemaskini
maklumat syarikat dengan kemas. Saya menyusun surat tempahan belian / Purchase
Order (PO). Saya membuat senarai tentang tempahan belian dan print senarai
tersebut. Saya scan statement bank dan SSM syarikat dengan menggunakan printer
dan email.