Pada minggu kelima belas,
saya diberikan tugasan untuk menyusun gambar kerja-kerja di Selabak, Sungai
Manik, PE Hock Seng, Taman Desa Mahkota, Kampung Sungai Buaya, Breakdown,
Sungai Suli, Taman Nenas, Pengkalan Daun, dan Stor T. Saya menerima atau
memperolehi gambar kerja-kerja tersebut melalui aplikasi WhatsApp. Saya memuat
turun gambar tersebut dan simpan di dalam fail yang tersedia. Saya susun gambar
tersebut mengikut jalan kerja yang telah dibuat dengan menggunakan Microsoft
Word. Kerja-kerja yang dijalankan di Selabak ialah kerja membetulkan atau
membaiki kabel elektrik yang ditimpa pokok. Kerja-kerja yang dijalankan di
Sungai Manik ialah kerja membaiki Jumper Talian yang terbakar di tiang
elektrik. Kerja-kerja yang dijalankan di PE Hock Seng ialah kerja menukar tx
1000kV dengan menggunakan lori kren untuk mengangkat tx dan kerja memasang
semula kabel pada tx. Kerja-kerja yang dijalankan di Taman Desa Mahkota ialah
kerja memasang kotak suis pada tiang elektrik dan mengecat kotak tersebut.
Kerja-kerja yang dijalankan di Kampung Sungai Buaya ialah kerja membaiki lampu
tiang elektrik yang tidak bernyala dan kerja membaiki kabel elektrik yang
terputus. Kerja-kerja yang dijalankan semasa breakdown ialah kerja membaiki
atau membetulkan wayar 3x16 shoting pada tiang elektrik. Kerja-kerja yang
dijalankan di Sungai Suli ialah kerja mengalihkan pelepah sawit pada wayar
elektrik dan membaiki wayar tersebut. Kerja-kerja yang dijalankan di Taman
Nenas ialah kerja memasang kotak suis pada elektrik dan mengecat kotak
tersebut. Kerja-kerja yang dijalankan di Pengkalan Daun ialah kerja menarik dan merentang kabel elektrik dengan
menggunakan tower wagon. Kerja-kerja yang dijalankan di kerja membuat
penyelenggaraan dan pembersihan di stor t dengan menggunakan backhoe.