MINGGU KETUJUH BELAS

      Pada minggu ketujuh belas, saya diberikan tugasan untuk menyusun gambar kerja-kerja di Tanjung Keramat, Sungai Pergam, P/E Wamata Food, Kilang Perabot, Taman Cicely, Sungai Tiang, Taman Sri Langkap, dan Taman Changkat Lada. Selain itu, saya mengemaskini fail-fail tempahan / Purchase Order (PO). Seterusnya, saya menerima atau memperolehi gambar kerja-kerja tersebut melalui aplikasi WhatsApp. Saya memuat turun gambar tersebut dan simpan di dalam fail yang tersedia. Saya susun gambar tersebut mengikut jalan kerja yang telah dibuat dengan menggunakan Microsoft Word. Kerja-kerja yang dijalankan di Tanjung Keramat ialah kerja simen tempat TX / pencawang dan meletakkan sedikit batu di sekeliling tempat tersebut. Kerja-kerja yang dijalankan di Sungai Pergam ialah kerja mengalihkan pokok yang menimpa wayar elektrik dan membaiki atau membetulkan wayar tersebut. Kerja-kerja yang dijalankan di P/E Wamata Food ialah kerja memasang kabel pada TX dan meratakan / membersihkan tempat kerja tersebut. Kerja-kerja yang dijalankan di Kilang perabot ialah kerja menukar kabel dan membuat joint yang baru dengan menggunakan skylift. Kerja-kerja yang dijalankan di Taman Cicely ialah kerja menyimen longkang yang telah dipecah dan membersihkan tempat pencawang. Kerja-kerja yang dijalankan ialah kerja mengalihkan pokok yang menimpa wayar dan membetulkan semula wayar tersebut. Kerja-kerja yang dijalankan di Taman Sri Langkap ialah kerja memasang lampu jalan di taman perumahan. Kerja-kerja yang dijalankan di Taman Changkat Lada ialah kerja membaiki atau membetulkan wayar elektrik yang jatuh dengan menggunakan skylift.