MINGGU KESEMBILAN BELAS

     Pada minggu kesembilan belas, saya diberikan tugasan untuk menyusun gambar kerja-kerja di Ladang Moccis, Langkap, Sungai Buaya, Sungai Manik, Seberang Perak, Pasir Bedamar, dan penghantaran notis. Saya menerima atau memperolehi gambar kerja-kerja tersebut melalui aplikasi WhatsApp. Saya memuat turun gambar tersebut dan simpan di dalam fail yang tersedia. Saya susun gambar tersebut mengikut jalan kerja yang telah dibuat dengan menggunakan Microsoft Word. Kerja-kerja yang dijalankan di Ladang Moccis ialah kerja sambungan memacak tiang elektrik dan memasang kabel pada tiang dengan menggunakan skylift. Kerja-kerja yang dijalankan di Langkap ialah kerja menutup bekalan elektrik sementara di kilang plastik. Kerja-kerja yang dijalankan di Sungai Buaya ialah kerja mengangkat dan mengalihkan tiang elektrik yang hampir tumbang, memacak tiang yang baru, membetulkan tiang elektrik yang condong, dan memasang semula kabel pada tiang elektrik. Kerja-kerja yang dijalankan di Sungai Manik ialah kerja mengalihkan pokok yang menimpa wayar dan membetulkan wayar dengan menggunakan skylift. Kerja-kerja yang dijalankan di Langkap ialah kerja pembaikian di pencawang. Kerja-kerja yang dijalankan di Seberang Perak ialah kerja memotong dan mengalihkan pokok yang menimpa wayar dengan menggunakan skylift. Kerja-kerja yang dijalankan di Pasir Bedamar ialah kerja mencabut tiang elektrik dengan menggunakan lori kren dan membersihkan tempat tersebut. Kerja-kerja yang dijalankan ialah kerja penghantaran notis dari rumah ke rumah pada bulan 10. Hari Selasa, cuti Deepavali.