Pada minggu kelapan belas,
saya diberikan tugasan untuk menyusun gambar kerja-kerja di Ladang Moccis,
Bandar Baru, Kampung Seberang Teras, Sungai Lampam, Jalan Bidor, Taman Simpang
3, Kampung Melayu, Sungai Ipil, dan notis. Saya menerima atau memperolehi gambar
kerja-kerja tersebut melalui aplikasi WhatsApp. Saya memuat turun gambar
tersebut dan simpan di dalam fail yang tersedia. Saya susun gambar tersebut
mengikut jalan kerja yang telah dibuat dengan menggunakan Microsoft Word.
Kerja-kerja yang dijalankan di Ladang Moccis ialah kerja membuat peparit untuk
kabel bawah tanah, kerja merentang dan memasang kabel pada pencawang, kerja
memacak tiang elektrik, dan kerja memasang kabel elektrik pada tiang.
Kerja-kerja yang dijalankan di Bandar Baru ialah kerja penghantaran notis
gangguan bekalan elektrik pada setiap kedai dan rumah. Kerja-kerja yang dijalankan
di Kampung Seberang Teras ialah kerja mengalihkan pokok yang menimpa wayar dan
membetulkan semula wayar. Kerja-kerja yang dijalankan di Sungai Lampam ialah
kerja membaiki atau membetulkan neutral pada talian servis. Kerja-kerja yang
dijalankan di Jalan Bidor ialah kerja membetulkan wayar yang jatuh dari s/clamp
dengan menggunakan skylift. Kerja-kerja yang dijalankan di Taman Simpang 3
ialah kerja memasang kabel pada pencawang dan kerja pemasangan kabel pada tiang
elektrik dengan menggunakan skylift. Kerja-kerja yang dijalankan di Kampung
Melayu ialah kerja mengalihkan pokok yang menimpa wayar dan membetulkan semula
wayar yang jatuh. Kerja-kerja yang dijalankan di Sungai Ipil ialah kerja
membetulkan dan mengangkat semula kabel yang terjatuh dengan menggunakan
skylift. Hari Jumaat, cuti hari
keputeraan sultan perak.