MINGGU KEDUA PULUH

     Pada minggu kedua puluh, saya diberikan tugasan untuk menyusun gambar kerja-kerja di Sungai Tukang Sidin, Kampung Bandar Air, Taman Persaka, breakdown, Chikus, Taman Selaseh, Intan Mas, Taman Changkat Lada, dan Taman Perkasa. Saya menerima atau memperolehi gambar kerja-kerja tersebut melalui aplikasi WhatsApp. Saya memuat turun gambar tersebut dan simpan di dalam fail yang tersedia. Saya susun gambar tersebut mengikut jalan kerja yang telah dibuat dengan menggunakan Microsoft Word. Kerja-kerja yang dijalankan di Sungai Tukang Sidin ialah kerja membaik pulih pencawang yang lama dan memasang semula perkakas dan kabel pada pencawang yang telah dibaiki. Kerja-kerja yang dijalankan di Kampung Bandar Air ialah kerja mengubah kabel pada tiang elektrik yang hampir condong kepada tiang elektrik yang baru. Kerja-kerja yang dijalankan di Taman Persaka ialah kerja membetulkan talian atau wayar yang terbakar. Kerja-kerja breakdown yang dijalankan ialah kerja mengalihkan kereta yang melanggar tiang elektrik, mengalihkan tiang elektrik yang patah, dan meletakkan tiang dan memasang semula kabel yang tiang yang baru. Kerja-kerja yang dijalankan di Chikus ialah kerja menebuk lantai untuk meletakkan atau merentang kabel bawah tanah dan memasang kabel tersebut pada pencawang. Kerja-kerja yang dijalankan di Taman Selaseh ialah kerja membuat peparit untuk merentang kabel bawah tanah dan memasang kabel tersebut pada pencawang. Kerja-kerja yang dijalankan di Intan Mas ialah kerja membetulkan kabel yang terjatuh dari tiang elektrik. Kerja-kerja yang dijalankan di Taman Changkat Lada ialah kerja mengalihkkan pokok yang menimpa kabel dan membetulkan semula kabel. Kerja-kerja yang dijalankan di Taman Perkasa ialah kerja memasang kabel pada pencawang dan bersihkan tempat tersebut. Seterusnya, saya mengemaskini data atau maklumat tentang kerja. Saya menyusun dan menyenaraikan data atau maklumat dengan mengikut format yang betul.