Hari pertama melapor diri di
JNQ Group (M) SDN BHD pada pukul 9 pagi dan berjumpa dengan Encik Omar pada 2
July 2018. Dokumen-dokumen yang dibawa semasa lapor diri ialah Surat Jawapan
dari organisasi dan buku laporan harian sebagai pengenalan diri. Surat-surat
Pengesahan Laporan diri perlu dilengkapkan dan ditandatangani oleh penyelia
seperti Kad Pengesahan Lapor Diri, Peta Lakaran lokasi tempat Latihan Industri
untuk dihantar ke Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang. Selepas itu, berkenalan
dengan semua staff di pejabat dan diminta untuk menaip atau merekod nombor
pesanan belian tentang projek. Belajar dan merekod data – data syarikat.