BAHAGIAN MENGENAI LAPORAN KEWANGAN SYARIKAT


Tujuan Laporan Kewangan

    Tujuan utama penyata kewangan ini dilakukan adalah untuk menunjukkan sama ada perniagaan mengalami keuntungan ataupun kerugian bagi satu tempoh masa perakaunan. Biasanya dalam tempoh masa setahun. Manakala kunci kira-kira akan menunjukkan kedudukan kewangan sesuatu perniagaan bagi satu tempoh masa. Kedudukan kewangan yang dimaksudkan adalah berkenaan dengan asset, liability, dan ekuiti pemilik. Adakah asset syarikat dapat menanggung liability yang ditanggung oleh syarikat melalui pengiraan ratio-ratio tertentu. Jadi dengan mengetahui kedudukan kewangan syarikat maka dapatlah syarikat membuat sesuatu perancangan masa depan syarikat tersebut dan dapat membantu dalam membuat sesuatu keputusan yang bakal diambil kelak.

      Laporan kewangan yang lengkap dan terperinci bagi setiap urusniaga dalam perniagaan yang lebih besar akan membolehkan secara kesilapan atau fraud dalam perniagaan dapat ditemui. Hal ini akan membolehkan proses pengauditan oleh juruaudit nanti akan lebih mudah dan mengurangkan kos pengauditan. Seorang akauntan haruslah sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya kesilapan dan fraud besar oleh pihak pengarah ataupun pihak pengurusan, berbekalkan dengan kemungkinan kecuaian dan kesilapan maklumat yang diterima.

       Laporan kewangan dapat membantu banyak pihak untuk membuat keputusan. Ia dapat membantu pihak dalaman iaitu pengurus syarikat atau pekerja-pekerja syarikat untuk mengetahui sejauh mana perjalanan perniagaan mereka selama ini. Ini dapat membantu mereka dalam perancangan untuk syarikat pada masa yang akan datang dan kepada pihak luar pula seperti bank dalam hal pemberian kredit bakal-bakal pelabur sama ada untuk melabur atau tidak. Pemegang saham pula untuk mengetahui sejauh manakah faedah yang mereka akan diterima dan lain-lain lagi.

        Hasil dari laporan kewangan ini dapat memberikan petunjuk kepada pihak pengurusan bagi memperbaiki kecekapan perniagaan. Ini termasuk memberi bantuan kepada pihak pengurusan untuk membaiki kawalan-kawalan perakaunan dalam sesuatu perniagaan bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang kesilapan catat akan maklumat kewangan syarikat pada masa akan datang.


Latar Belakang Kunci Kira-Kira

      Kunci kira-kira merupakan penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan. Maklumat-maklumat yang terkandung dalam Kunci Kira-kira ialah nama perniagaan, tajuk Kunci Kira-kira, butiran dan nilai aset, butiran dan nilai liabiliti,serta butiran dan nilai ekuiti pemilik. Tujuan Kunci Kira-kira disediakan adalah untuk mengetahui kedudukan kewangan sesebuah perniagaan seperti jumlah aset, hutang, dan modal bagi suatu tempoh perakaunan.


Dokumen-Dokumen Perakaunan


     Sepanjang menjalani latihan industri di syarikat ini, pelajar telah menggunakan beberapa dokumen perakaunan yang kerap kali digunakan oleh syarikat ini dalam menjalankan urusan perniagaan mereka. Antaranya :-
  • Baucer Pembayaran (Payment Vaucher)
  • Baucer Tunai
  • Penyata Bank
  • Pesanan Belian (Purchase Order)
  • Invois (Invoice)

Penerangan Perbezaan Antara Buku Tunai Dengan Penyata Bank

Transaksi direkodkan di dalam buku tunai tetapi tidak direkodkan di dalam penyata bank.
  • Kesilapan di dalam buku tunai
  • Cek belum di ‘clear’ kan.

Transaksi direkodkan di dalam penayata bank tetapi tidak direkodkan di dalam buku tunai.
  • Cek tidak laku
  • Penerimaan tunai atau cek oleh pihak bank
  • Pembayaran oleh pihak bank


Proses Penyimpanan dan Penyusunan Baucer Tunai / ‘Payment Voucher’


          Pertama sekali hendaklah mendapat senarai bayaran mingguan yang dibuat pada hujung minggu lepas iaitu hari khamis dan telah disahkan oleh pengurus syarikat.

          Setelah mendapatkan senarai bayaran mingguan, semua pembayaran yang dibuat sepanjang minggu lepas akan dibuatkan PV (Payment Voucher) bagi mengawal keluaran duit dari syarikat. Pembayaran tidak akan dibuat tanpa PV. Setiap minggu, bayaran untuk satu-satu projek akan dibuat dan cek akan dikeluarkan bersama dengan PV bagi projek masing-masing.


Penutup

    Penyediaan penyata pendapatan dan penyimpanan dokumen-dokumen kewangan sangat penting supaya disediakan dengan teliti dan kemas. Hal sedemikian kerana untuk menjamin kualiti dan mengekalkan keyakinan kepada pelanggan tentang profesionalisme pengurusan perniagaan Syarikat JNQ GROUP (M) SDN BHD.

       Pengurusan kewangan yang berkesan dapat membantu dan mengawal keluar masuk wang dalam syarikat dengan lebih berkesan dan menentukan keuntungan atau kerugian semasa syarikat dengan lebih tepat.